Saturday, April 17, 2010

Muqaddimah

Assalamu'alaikum warahmatullah wahai pembaca budiman sekalian.

Setinggi-tinggi pujian untuk Allah kerana mengizinkan penubuhan rangkaian blog kedua ummu.Selawat dan salam atas junjungan besar rasulullah s.a.w serta para sahabat dan pengikut baginda sehingga hari kiamat.

Blog ini khusus diwujudkan untuk perbincangan dan perkongsian ilmu Allah di bidang perubatan dan kesihatan.Mengambil hikmah pengajaran dan perintah Allah untuk menyampaikan segala apa jua ilmuNya yang bermanfaat untuk disebar-sebarkan.Ummu doakan moga beroleh keberkatan.

Segala cadangan, perkongsian, pertanyaan yang bersangkut paut perihal 'Tibb' atau perubatan ini, ummu alu-alukan.Bersama kita selusuri khazanah Allah yang maha agung.Ma'rifatullah melalui keajaiban penciptaan manusia itu sendiri.

Selamat memeriahkan !